RSS

MakroTeaching - Asid dan Alkali

MACROTEACHING

Tarikh: 28/10/2011
Hari: Isnin
Masa: 10:05a.m.-10:35a.m.
Bilangan murid: 40 orang
Darjah: 5M
Matapelajaran: Sains
Topik: Asid dan Alkalil
Hasil Pembelajaran Umum: Pada akhir pengajaran ,pelajar dapat mensistesiskan idea tentang bahan berasid, beralkali dan neutral.
Hasil Pembelajaran Khusus: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
  1. mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus.
  2. mendefinisi secara operasi asid.
  3. mendefinisi secara operasi alkali.
  4. mengitlak rasa asid.
  5. mengitlak rasa alkali.
  6. mengkelaskan bahan kepada baha  berasid, beralkali dan neutral.
Kaedah Pembelajaran: Pembelajaran Masteri ,Pembelajaran inkuiri penemuan,Pembelajaran kooperatif, Pembelajaran Kontekstual
Alat Bantu Mengajar: Cuka , minyak masak, ubat gigi,  cecair pencuci, larutan garam, jus lemon, kertas litmuas, tabung uji, bekas air, kad tugasan, lembaran kerja, dan power point.
Nilai: keyakinan , kerjasama, berdisiplin, berfikir secara rasional, jujur, sabar, berdikari
KBKK: menghubungkait dan meramal , membanding dan membeza serta mengumpul
Pengetahuan Sedia ada: Murid telah mempelajari rasa bahan-bahan yang diuji.

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Kad Tugasan

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Lembaran Kerja

RPH sains

Video





REFLEKSI  MACROTEACHING

Saya telah memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan membuat ulangkaji berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan teknik soal jawab yang baik supaya murid-murid bersedia belajar. Saya telah berjaya memotivasikan murid-murid dengan alat bantu mengajar yang menarik iaitu penggunaan bahan-bahan maujud yang menarik.
Saya telah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara inkuiri penemuan.  Saya memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains.  Setiap pelajar diberi peluang mengemukan  pendapat  masing-masing dengan menyatakan rasional mereka berpendapat demikan dan tiada jawapan dianggap salah atau betul dalam langkah 1. Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen yang berkaitan topik itu dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan sebenar kepada isu yang dibincangkan.  Murid-murid menjadi aktif dan diat untuk mencuba. Keadaan kelas menjadi seronok setelah mendapati berpeluang menjalankan eksperimen di dalam kelas. Saya bersukacitalah bahawa saya ada menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan murid-murid saya. Mereka semua dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada akan diberi galakan untuk menyuarakan pendapat.  Ia juga secara tidak langsung menyuntik sikap kerjasama, bertolak ansur dan bersosial dalam kumpulan serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan macroteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah saya kurang biasa dalam penggunaan bahasa Melayu semasa PnP. Apabila saya menjalankan makropengajaran, saya bersikap ragu-ragu untuk berbahasa Melayu. Kelemahan ini menyebabkan saya tidak yakin pada diri sendiri. Ia juga mengakibatkan saya berasa gementar secara tidak langsung semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan macroteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran.   Saya harus sentiasa berasa prihatin terhadap masa yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Ketetapan masa akan saya ikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.   Saya akan berfasih lebih dalam bahasa Melayu untuk melancarkan sesi pengajaran saya. Selain itu, saya harus sentiasa bersikap positif dan yakin pada diri sendiri untuk berfasih dalam bahasa Melayu  supaya  saya dapat berfasih dengan lancar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

Tempat-tempat Menarik Di Malaysia - Putrajaya


Putrajaya merupakan bandar yang dirancang. Ia terletak 25km dari selatan Kual Lumpur. Putrajaya berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Terdapat beberapa tempat yang menarik di Putrajaya, antaranya ialah Wetlands Putrajaya, Masjid Putra, Dataran Putra dan Taman Botani.

Wetlands Putrajaya

Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.

Masjid Putra

Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Dataran Putra

Dataran Putra adalah diameter berkeluasan 300 meter dan dihiasi dengan motif tempatan, air dan ciri lampu. Ia mempunyai 11 bintang yang mewakili 11 negeri ketika Malaysia merdeka. Ke semua 13-titik lain yang melambangkan 13 negeri di Malaysia hari ini, sementara 14 bintang mewakili negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Taman Botani

Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.

Peta Putrajaya
Gambar-gambar lain

Warisan Sejarah - Bidang Kesenian

Warisan sejarah di dalam Malaysia dalam bidang kesenian.

Muzik
Malaysia mempunyai banyak jenis warisan muzik, klik pautan ini untuk maklumat selanjutnya.
Drama
Seni tari
Seni bina
Permainan tradisional
Seni mempertahankan diri

Warisan Sejarah - Bangunan

Warisan sejarah di dalam Malaysia

Kota A Famosa
Bangunan Sultan Abdul Samad
Kota Margherita
Bangunan Stadhuys
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Masjid Tengkera
Masjid Tengkera merupakan masjid yang terletak di Tengkera, Melaka dan dibina pada tahun 1728. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang tertua di negara yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda.

Masjid ini yang mempunyai reka bentuk ketersergaman ala Sumatra menegakkan bukti bahawa Islam sudah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Masjid ini tidak mempunyai kubah konvensional tetapi bumbung tiga tingkat seperti piramid.
Makam Sultan Hussein Muhamd Shah dari Johor terletak di dalam kawasan masjid ini. Baginda merupakan raja yang menyerahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka, kemudian mangkat di situ dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

Perayaan di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di Malaysia.
Agama
Perayaan
Islam
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
Maal Hijrah
Maulidur Rasul
Buddha
Hari Wesak
Hindu
Deepavali
Thaipusam
Kristian
Krismas
Good Friday
Easter

 
Acara rumah terbuka sering diadakan apabila perayaan sesuatu kaum diraikan.
Antara faedah meraikan perayaan bersama-sama kaum lain ialah:
  • Mengeratkan silaturahim antara kaum
  • Memerahkan sambutan perayaan
  • Mewujudkan keharmonian dalam Negara
  • Mengetahui tentang adat dan budaya sesuatu kaum
  • Menyatupadukan hubungan antara kaum
Sebagain rakyat yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita harus menghormati perayaan kaum lain.

Seni Tarian Muzik dan Dialek

Malaysia ialah sebuah Negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum yang mewarisi bahasa tersendiri.
Antara warisan budaya kaum-kaum di Malaysia termasuklah:
  1. Seni tari
  2. Seni muzik
  3. Bahasa dan dialek
Tarian, alat muzik dan bahasa yang digunakan di Malaysia mempunyai keunikkannya yang tersendiri dan harus dihargai.
Sebagai generasi baharu, kita harus mempelajari seni tari tradisional dan cara-cara bermain alat muzik tradisional nagi menyambung warisan kita.
Kita harus melibatkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan agar seni warisan kita tidak luput ditelan zaman.

Keunikkan tarian di Negara kita
Negara kita kaya dengan pelbagai tarian yang diwarisi sejak turn-temurun.
Setiap kaum di Negara kita mempunyai seni warisan tariannya yang tersendiri.
Kaum
Nama tarian
Melayu
Tarian ulik mayang
Tarian zapin
Tarian canggung
Tarian joget
Tarian kuda kepang
Cina
Tarian singa
Tarian lilin
Tarian kipas
India
Tarian bharatanatyam
Tarian kuchupudi

 
Tarian Ulik Mayang
 
Tarian Singa
 
 
Tarian bharatanatyam
Tarian singa dipersembahkan pada hari perayaan kaum Cina. Semasa penari menari, muzik akan dimainkan bagi mengiringi tarian singa.
Bagi kaum Melayu pula, tarian akan dimainkan dalam majlis-majlis kebudayaan.

Alat muzik kebanggaan kita
Kaum
Alat muzik
Melayu
Gendang
Gong
Nafiri
Serunai
Rebana ubi
Cina
Gendang
Er hu
India
Sita
Tanpura
Sarangi
Tabla

Antara alat muzik kebanggaan kita
Gendang Cina
Gendang
Serunai
 
Gong
Er hu
Sitar
Tanpura
Sarangi
Tabla

  
Bahasa dan dialek
Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai dialek untuk berkomunikasi.
Dialek-dialek wujud mengikut daerah dan negeri.
Dialek utama di Malaysia ialah:
  • Dialek utara
  • Dialek pantai timur
  • Dialek Negeri Sembilan
  • Bahasa ialah alat komunikasi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia.
  • Bahasa berbeza mengikut kaum seperti
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Tamil

Tempat-tempat Menarik Di Malaysia - Pulau Langkawi

Pulau Langkawi

Kepulauan Langkawi

Kepulauan Langkawi terdiri daripada 99 pulau-pulau kecil yang terletak di utara negeri Kedah, Malaysia. Semasa air surut, jumlah pulau menjadi 104. Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar, 478.5 km persegi.

Pulau Langkawi terkenal dengan Misteri Sumpahan Mahsuri. Antara perkara-perkara yang menarik dapat dibaca dari sini.

Gambar-gambar Pulau Langkawi:




Tempat-tempat menarik di atas Pulau Langkawi:


Peta Malaysia

Bendera Malaysia
Malaysia terletak di Asia Tenggara
Negara Malaysia terdiri daripada Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Peta Malaysia
Negara yang menjadi jiran Malaysia ialah Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, dan Filipina.
Peta Asia Tenggara
Terdapat 13 buah negeri dalam Malaysia yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pucuk pimpinan masing-masing.
Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Negara ialah Putrajaya.
Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.

Jadual di bawah menunjukkan negeri dan ibu negeri di Malaysia.
Negeri
Ibu negeri
Selangor
Shah Alam
Negeri Sembilan
Seremban
Perak
Ipoh
Pulau Pinang
Georgetown
Kedah
Alor Setar
Perlis
Kangar
Pahang
Kuantan
Johor
Johor Bahru
Melaka
Bandaraya Melaka
Kelantan
Kota Bahru
Terengganu
Kuala Terengganu
Sabah
Kota Kinabalu
Sarawak
Kuching

Setiap negeri mempunyai bendera masing-masing yang merupakan identity bagi setiap negeri.
Berikut adalah bendera negeri-negeri di Malaysia.

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu

Selangor
Negeri Sembilan
Kelantan
Sarawak
Sabah
Selain itu, Malaysia juga mempunyai tiga buah bendera wilayah persekutuan yang terdiri daripada:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan

Makanan Tradisional

Malaysia menang terkenal dengan pelagai jenis makanan tradisional.
Makanan yang sangat digemari oleh seluruh rakyat Malaysia termasuklah nasi lemak, roti canai, dan nasi ayam.
Makanan yang pelbagai ini boleh dihidangkan semasa hari perayaan, sambutan hari jadi, majlis perkahwinan atau makan bersama keluarga.
Kebanyakan makanan tradisional Malaysia boleh diterima oleh rakyat Malaysia kerana rasa dan bahan yang digunakan sesuai atau menepati cita rasa.
Namum makanan tradisional Mlaysia juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti rasa, warna, hiasan, cara pembuatan atau penyediaan dan penggunaan bahan yang sesuai.
Kaum
Jenis Makanan
Melayu
Nasi lemak
Rendang
Masak lemk cili api
Laksa
Cina
Nasi ayam
Kuih bakul
Yong taufu
Dim sum
India
Kari kambing
Roti canai
Maruku
Laddu
Tose
Iban
Pansoh
Penganan
Kasam
Lulun
Kadazandusun
Hinaya
Bosou

Contoh makanan tradisional adalah seperti di bawah

Nasi Ayam

Nasi Lemak
Roti Canai

Yong Tau Fu

Keunikan makanan tradisional masyarakat Malaysia terletak pada:
  1. Hiasan
  2. Penggunaan
  3. Warna
  4. Bentuk
  5. Cara menyediakan

Kenali dan Apresiasi Warisan Budaya Malaysia


Malaysia merupakan subuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum.
Mereka datang dari latar belakang yang berbeza.
Ini menyebabkan mereka mengamalkan budaya dan adat resam yang berbeza.
antara budaya yang diamalkan ialah pakaian dan makanan.


Pakaian tradisional merupakan pakaian yang dipakai pada hari-hari perayaan atau majlis rasmi mengikut kaum.
Akan tetapi ada juga di antara pakaian tradisional yang dipakai setiap hari seperti baju kurung, baju melayu, dan sari.
Bagi masyarakat Cina, ceaongsam dipakai oleh kaum perempuan dan samfu bagi kaum lelaki. Kebiasaannya pakaian tersebut dipakain hanya pada hari perayaan mahupun majlis ramsi.
Sari, lenga, dan dhoti pula merupakan pakaian tradisional masyarakat India.
Hagi kaum Kadazandusun pula, mereka memakai sinuangga semasa Pesta Keamatan di Sarawak.
Kelambi akan dipakai oleh orang Iban ketika Hari Gawai di Sabah.
Jadual berikut menunjukkan contoh pakaian tradisional masyarakat Malaysia.

Pakaian tradisional bukan sahaja unik dilihat mellui bentuk atau potongannya tetapi juga dari segi hiasannya, iaitu:
  1. Jenis kain,
  2. Warna,
  3. Corak,
  4. Hiasan seperti manik atau batu