Masjid Tengkera merupakan masjid yang terletak di Tengkera, Melaka dan dibina pada tahun 1728. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang tertua di negara yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda.
Masjid ini yang mempunyai reka bentuk ketersergaman ala Sumatra menegakkan bukti bahawa Islam sudah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Masjid ini tidak mempunyai kubah konvensional tetapi bumbung tiga tingkat seperti piramid.
Makam Sultan Hussein Muhamd Shah dari Johor terletak di dalam kawasan masjid ini. Baginda merupakan raja yang menyerahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka, kemudian mangkat di situ dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.
Kepulauan Langkawi terdiri daripada 99 pulau-pulau kecil yang terletak di utara negeri Kedah, Malaysia. Semasa air surut, jumlah pulau menjadi 104. Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar, 478.5 km persegi.
Pulau Langkawi terkenal dengan Misteri Sumpahan Mahsuri. Antara perkara-perkara yang menarik dapat dibaca dari sini.
Negara Malaysia terdiri daripada Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Peta Malaysia
Negara yang menjadi jiran Malaysia ialah Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, dan Filipina.
Peta Asia Tenggara
Terdapat 13 buah negeri dalam Malaysia yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pucuk pimpinan masing-masing.
Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Negara ialah Putrajaya.
Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.
Jadual di bawah menunjukkan negeri dan ibu negeri di Malaysia.
Negeri
Ibu negeri
Selangor
Shah Alam
Negeri Sembilan
Seremban
Perak
Ipoh
Pulau Pinang
Georgetown
Kedah
Alor Setar
Perlis
Kangar
Pahang
Kuantan
Johor
Johor Bahru
Melaka
Bandaraya Melaka
Kelantan
Kota Bahru
Terengganu
Kuala Terengganu
Sabah
Kota Kinabalu
Sarawak
Kuching
Setiap negeri mempunyai bendera masing-masing yang merupakan identity bagi setiap negeri.
Berikut adalah bendera negeri-negeri di Malaysia.
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Selangor
Negeri Sembilan
Kelantan
Sarawak
Sabah
Selain itu, Malaysia juga mempunyai tiga buah bendera wilayah persekutuan yang terdiri daripada:
Malaysia menang terkenal dengan pelagai jenis makanan tradisional.
Makanan yang sangat digemari oleh seluruh rakyat Malaysia termasuklah nasi lemak, roti canai, dan nasi ayam.
Makanan yang pelbagai ini boleh dihidangkan semasa hari perayaan, sambutan hari jadi, majlis perkahwinan atau makan bersama keluarga.
Kebanyakan makanan tradisional Malaysia boleh diterima oleh rakyat Malaysia kerana rasa dan bahan yang digunakan sesuai atau menepati cita rasa.
Namum makanan tradisional Mlaysia juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti rasa, warna, hiasan, cara pembuatan atau penyediaan dan penggunaan bahan yang sesuai.
Kaum
Jenis Makanan
Melayu
Nasi lemak
Rendang
Masak lemk cili api
Laksa
Cina
Nasi ayam
Kuih bakul
Yong taufu
Dim sum
India
Kari kambing
Roti canai
Maruku
Laddu
Tose
Iban
Pansoh
Penganan
Kasam
Lulun
Kadazandusun
Hinaya
Bosou
Contoh makanan tradisional adalah seperti di bawah
Nasi Ayam
Nasi Lemak
Roti Canai
Yong Tau Fu
Keunikan makanan tradisional masyarakat Malaysia terletak pada: