RSS

MakroTeaching - Asid dan Alkali

MACROTEACHING

Tarikh: 28/10/2011
Hari: Isnin
Masa: 10:05a.m.-10:35a.m.
Bilangan murid: 40 orang
Darjah: 5M
Matapelajaran: Sains
Topik: Asid dan Alkalil
Hasil Pembelajaran Umum: Pada akhir pengajaran ,pelajar dapat mensistesiskan idea tentang bahan berasid, beralkali dan neutral.
Hasil Pembelajaran Khusus: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
  1. mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus.
  2. mendefinisi secara operasi asid.
  3. mendefinisi secara operasi alkali.
  4. mengitlak rasa asid.
  5. mengitlak rasa alkali.
  6. mengkelaskan bahan kepada baha  berasid, beralkali dan neutral.
Kaedah Pembelajaran: Pembelajaran Masteri ,Pembelajaran inkuiri penemuan,Pembelajaran kooperatif, Pembelajaran Kontekstual
Alat Bantu Mengajar: Cuka , minyak masak, ubat gigi,  cecair pencuci, larutan garam, jus lemon, kertas litmuas, tabung uji, bekas air, kad tugasan, lembaran kerja, dan power point.
Nilai: keyakinan , kerjasama, berdisiplin, berfikir secara rasional, jujur, sabar, berdikari
KBKK: menghubungkait dan meramal , membanding dan membeza serta mengumpul
Pengetahuan Sedia ada: Murid telah mempelajari rasa bahan-bahan yang diuji.

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Kad Tugasan

MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Lembaran Kerja

RPH sains

Video





REFLEKSI  MACROTEACHING

Saya telah memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan membuat ulangkaji berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan teknik soal jawab yang baik supaya murid-murid bersedia belajar. Saya telah berjaya memotivasikan murid-murid dengan alat bantu mengajar yang menarik iaitu penggunaan bahan-bahan maujud yang menarik.
Saya telah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara inkuiri penemuan.  Saya memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains.  Setiap pelajar diberi peluang mengemukan  pendapat  masing-masing dengan menyatakan rasional mereka berpendapat demikan dan tiada jawapan dianggap salah atau betul dalam langkah 1. Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen yang berkaitan topik itu dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan sebenar kepada isu yang dibincangkan.  Murid-murid menjadi aktif dan diat untuk mencuba. Keadaan kelas menjadi seronok setelah mendapati berpeluang menjalankan eksperimen di dalam kelas. Saya bersukacitalah bahawa saya ada menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan murid-murid saya. Mereka semua dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada akan diberi galakan untuk menyuarakan pendapat.  Ia juga secara tidak langsung menyuntik sikap kerjasama, bertolak ansur dan bersosial dalam kumpulan serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan macroteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah saya kurang biasa dalam penggunaan bahasa Melayu semasa PnP. Apabila saya menjalankan makropengajaran, saya bersikap ragu-ragu untuk berbahasa Melayu. Kelemahan ini menyebabkan saya tidak yakin pada diri sendiri. Ia juga mengakibatkan saya berasa gementar secara tidak langsung semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan macroteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran.   Saya harus sentiasa berasa prihatin terhadap masa yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Ketetapan masa akan saya ikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.   Saya akan berfasih lebih dalam bahasa Melayu untuk melancarkan sesi pengajaran saya. Selain itu, saya harus sentiasa bersikap positif dan yakin pada diri sendiri untuk berfasih dalam bahasa Melayu  supaya  saya dapat berfasih dengan lancar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

Tempat-tempat Menarik Di Malaysia - Putrajaya


Putrajaya merupakan bandar yang dirancang. Ia terletak 25km dari selatan Kual Lumpur. Putrajaya berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Terdapat beberapa tempat yang menarik di Putrajaya, antaranya ialah Wetlands Putrajaya, Masjid Putra, Dataran Putra dan Taman Botani.

Wetlands Putrajaya

Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.

Masjid Putra

Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Dataran Putra

Dataran Putra adalah diameter berkeluasan 300 meter dan dihiasi dengan motif tempatan, air dan ciri lampu. Ia mempunyai 11 bintang yang mewakili 11 negeri ketika Malaysia merdeka. Ke semua 13-titik lain yang melambangkan 13 negeri di Malaysia hari ini, sementara 14 bintang mewakili negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Taman Botani

Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.

Peta Putrajaya
Gambar-gambar lain