Tarikh: 28/10/2011
Hari: Isnin
Masa: 10:05a.m.-10:35a.m.
Bilangan murid: 40 orang
Darjah: 5M
Matapelajaran: Sains
Topik: Asid dan Alkalil
Hasil Pembelajaran Umum: Pada akhir pengajaran ,pelajar dapat mensistesiskan idea tentang bahan berasid, beralkali dan neutral.
Hasil Pembelajaran Khusus: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
- mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus.
- mendefinisi secara operasi asid.
- mendefinisi secara operasi alkali.
- mengitlak rasa asid.
- mengitlak rasa alkali.
- mengkelaskan bahan kepada baha berasid, beralkali dan neutral.
Kaedah Pembelajaran: Pembelajaran Masteri ,Pembelajaran inkuiri penemuan,Pembelajaran kooperatif, Pembelajaran Kontekstual
Alat Bantu Mengajar: Cuka , minyak masak, ubat gigi, cecair pencuci, larutan garam, jus lemon, kertas litmuas, tabung uji, bekas air, kad tugasan, lembaran kerja, dan power point.Nilai: keyakinan , kerjasama, berdisiplin, berfikir secara rasional, jujur, sabar, berdikari
KBKK: menghubungkait dan meramal , membanding dan membeza serta mengumpul
Pengetahuan Sedia ada: Murid telah mempelajari rasa bahan-bahan yang diuji.
MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali
MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Kad Tugasan
MakroTeaching YCL Asid Dan Alkali Lembaran Kerja
RPH sains
Video
REFLEKSI MACROTEACHING
Saya telah memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan membuat ulangkaji berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dengan menggunakan teknik soal jawab yang baik supaya murid-murid bersedia belajar. Saya telah berjaya memotivasikan murid-murid dengan alat bantu mengajar yang menarik iaitu penggunaan bahan-bahan maujud yang menarik.
Saya telah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara inkuiri penemuan. Saya memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains. Setiap pelajar diberi peluang mengemukan pendapat masing-masing dengan menyatakan rasional mereka berpendapat demikan dan tiada jawapan dianggap salah atau betul dalam langkah 1. Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen yang berkaitan topik itu dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan sebenar kepada isu yang dibincangkan. Murid-murid menjadi aktif dan diat untuk mencuba. Keadaan kelas menjadi seronok setelah mendapati berpeluang menjalankan eksperimen di dalam kelas. Saya bersukacitalah bahawa saya ada menyediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan murid-murid saya. Mereka semua dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada akan diberi galakan untuk menyuarakan pendapat. Ia juga secara tidak langsung menyuntik sikap kerjasama, bertolak ansur dan bersosial dalam kumpulan serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan macroteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah saya kurang biasa dalam penggunaan bahasa Melayu semasa PnP. Apabila saya menjalankan makropengajaran, saya bersikap ragu-ragu untuk berbahasa Melayu. Kelemahan ini menyebabkan saya tidak yakin pada diri sendiri. Ia juga mengakibatkan saya berasa gementar secara tidak langsung semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan macroteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran. Saya harus sentiasa berasa prihatin terhadap masa yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Ketetapan masa akan saya ikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan berfasih lebih dalam bahasa Melayu untuk melancarkan sesi pengajaran saya. Selain itu, saya harus sentiasa bersikap positif dan yakin pada diri sendiri untuk berfasih dalam bahasa Melayu supaya saya dapat berfasih dengan lancar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.
1 comments:
Best Slots by Casino Games and How to Play Them
List of the best casino games by Casino 출장마사지 Games and How to Play Them · Starburst · Red 목포 출장안마 Tiger · Gonzo's 1xbet login Quest · Vegas Slots · Super Jackpot 태백 출장마사지 Party · Starburst 천안 출장샵
Post a Comment