Antara warisan budaya kaum-kaum di Malaysia termasuklah:
- Seni tari
- Seni muzik
- Bahasa dan dialek
Tarian, alat muzik dan bahasa yang digunakan di Malaysia mempunyai keunikkannya yang tersendiri dan harus dihargai.
Sebagai generasi baharu, kita harus mempelajari seni tari tradisional dan cara-cara bermain alat muzik tradisional nagi menyambung warisan kita.
Kita harus melibatkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan agar seni warisan kita tidak luput ditelan zaman.
Keunikkan tarian di Negara kita
Negara kita kaya dengan pelbagai tarian yang diwarisi sejak turn-temurun.
Setiap kaum di Negara kita mempunyai seni warisan tariannya yang tersendiri.
Kaum | Nama tarian |
Melayu | Tarian ulik mayang Tarian zapin Tarian canggung Tarian joget Tarian kuda kepang |
Cina | Tarian singa Tarian lilin Tarian kipas |
India | Tarian bharatanatyam Tarian kuchupudi |
Tarian Ulik Mayang
Tarian Singa
Tarian bharatanatyam
Tarian singa dipersembahkan pada hari perayaan kaum Cina. Semasa penari menari, muzik akan dimainkan bagi mengiringi tarian singa.
Bagi kaum Melayu pula, tarian akan dimainkan dalam majlis-majlis kebudayaan.
Alat muzik kebanggaan kita
Kaum | Alat muzik |
Melayu | Gendang Gong Nafiri Serunai Rebana ubi |
Cina | Gendang Er hu |
India | Sita Tanpura Sarangi Tabla |
Gong
Er hu
Sitar
Tanpura
Sarangi
Tabla
Bahasa dan dialek
Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai dialek untuk berkomunikasi.
Dialek-dialek wujud mengikut daerah dan negeri.
Dialek utama di Malaysia ialah:
- Dialek utara
- Dialek pantai timur
- Dialek Negeri Sembilan
- Bahasa ialah alat komunikasi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia.
- Bahasa berbeza mengikut kaum seperti
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Cina
- Bahasa Iban
- Bahasa Tamil
0 comments:
Post a Comment